Tuesday 13 November 2012

Suka ke tidak?

Assalamualaikum :')

Aku tengah cuti mid sem sekarang ni. Tapiiiiii seminggu jeee? Suka ke tidak? Semestinyalah TAK SUKA. Cuti kan. Sape yang suka cuti panjang pendek. Nak-nak lagi dipenuhi dengan assignment. Yes, we must SMILE ==". Eh :)

Tu bukan tujuan aku tulis blog ni, saje je sebagai mukaddimah. Aku nak tanya korang, pernah tak korang tak suka terhadap satu benda tu, and akhirnya korang akan suka? Mesti pernah kan? Aku pernah rasa, Jiran sebelah rumah aku pernah rasa, dan jiran korang pun pernah kan? *Perlu ke libatkan pasal jiran ni. Ok, pokoknya pernah kan.

Selalunya macam tu la kan, nak-nak lagi kalau kena ikut telunjuk mak ayah kita. Walhal kita tak suka pun. Tapi kena ikut juga. Mak ayah kan. Diorang dah banyak makan garam daripada kita. So, diorang tahu apa yang terbaik untuk kita. Contohnya, ada parents ni ada anak yang sangat nakal and agak sosial kehidupannya, parents budak ni tak kasik guna handphone sebab takut-takut anak dia menyalahgunakannya sendiri. Yelah, budak-budak sekarang kan lagi advance macam aku cakap dulu. Tapi anak dia memberontak nak jugak guna handphone. Nak jugak! Nak jugak! Kalau korang jadik parents budak tu, korang nak bagi ke tak? Eh ofkoslah TAK kan. Sebab apa? Sebab diorang tahu kenakalan anak diorang. And diorang nak kan yang terbaik untuk anaknya. Lumrah, every parents nak yang terbaik. Bila satu hari nanti budak ni dah besar, atau dalam konteks lain mempunyai fikiran yang matang, mesti dia akan berterima kasih dengan tindakan parents dia dulu. Yeah strict but love. :)






Tadi punya kes, kita memang dah nampak sangat implikasinya. And dah banyak sangat berlaku dalam masyarakat kita. Tapi tak jugak tu, budak sekolah rendah sekarang memang dah advance weh, dah ada handphone. Kalau handphone cikai-cikai takpe jugak. Handphone "touchscreen" lagi.. Dah tu, siap main mesej lagi dengan cikgu sendiri, "Hai cikgu, tengah buat apa tu?". Serius ni kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku. Kakak dia cikgu practical kat sekolah rendah. Maju weh, aku dulu bukan setakat handphone, bateri handphone pun takda. Wuwuwuwuwu V_V.

And lagi satu kes, contoh korang nak apply medic, nak jadi doktor la kan. Sebab korang sangat cintakan biologi dan society. Tapi parents korang tak setuju, and nak sangat korang jadik lawyer. "U should be a lawyer like ur daddy", berkata mummy kepada anaknya. Ala yang selalu macam deraamaa tu. Time ni lah korang akan rasa dilema sangat, mana satu korang nak ikut. Kalau korang memang boleh bawak and minat dalam bidang undang-undang ni, then go. But, kalau korang seriously tak boleh masuk dalam dunia "law" ni. Baik korang bawak berbincang dengan parents korang. Jangan pulak korang memberontak tak tentu pasal. Just go through with patient. Sabar and cakap baik-baik. InsyaAllah parents korang akan berlembut hati. Believe it. But ada jugak parents yang betul-betul keras hati taknak terima keputusan anak-anak dia. Last step, leave it to Allah. Buatlah solat hajat and bersungguh sungguh mintak pada Dia supaya lembutkan hati parents korang. insyaAllah semuanya OK :)



And pernah tak korang rasa kecewa tak dapat apa yang korang nak. Ya semua orang pernah rasa. Tak payah cakaplah, jiran korang pun pernah je rasa. Contoh korang nak dapat straight A's untuk SPM tahun ni, tapi takda rezeki. Ya, sangat kecewa. Apa yang aku boleh nasihatkan ialah REDHA. Seriously, itu semua dugaan. Allah nak tengok kita ni bersyukur ke tidak dengan pemberian dia. Dia nak uji kita ni jenis hamba dia yang macam mana bila berhadapan dengan ujian. Pernah tak orang  tua tanya kat kakak or kakak ipar or kakak saudara korang yang dah berkahwin tapi tak dikurniakan anak lagi, and jawapan diorang takda rezeki lagi.  Rezeki ni macam-macam. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. Kita tak tahu perjalanan hidup kita,  itu semua rahsia. Kita terbatas untuk mengetahui segalanya. Kita ni cuma manusia. Apa yang mampu kita buat, usaha+doa+tawakal. Lets be the real KHALIFAH :)






Aja aja fighting!


Watch Out!
 
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Correct me if I'm wrong :) TQ