Thursday 1 November 2012

Jangan kau rasa terhina

Assalamualaikum :)

Bagi aku manusia ni terbahagi kepada 2, iaitu yang baik dan yang kurang baik. Yang baik tu, korang dah sedia maklum la kan macam mana. Yang kurang baik tu, aku maksdukan SOMBONG TAK TENTU PASAL. Sejak aku masuk alam U ni, macam macam perangai manusia aku nampak. Yang eloknya sedap mata memandang, Yang kurang elok, MasyaAllah.

Kebanyakkannya ramai budak-budak perempuan yang sombong ni, serius ar. Aku yang perempuan ni pun memang akui tu. Tapi aku tak lah kan. HahaXD. Sombong macam mana? Ok aku bagi situasi la,

A: Awak, ada tisu tak? Boleh mintak satu?
B: Tak! (suara tinggi, cakap tak pandang muka A langsung)
A: Err ok .....

Tak ke yang A tu rasa terhina je. Padahal nak mintak satu tisu je pun. Peh. And aku bet la kalau korang berada dalam situasi kat atas tu, ada yang bengang, and ada jugak yang sedih weh. Sobs3 :'(. Ok A, jangan sedih-sedih ye. Tak semua orang macam tu. Kadang-kadang tu kita kena selalu bersangka baik kat semua orang. Tapi dah kalau si B asyik panas je dengan si A, siapa tak terasa beb. Cakap pun macam menengking, pandang pun jeling. Memang sah ar kan. Padahal baru je kenal. *Situasi semasa minggu orientasi.

Maybe kalau orang macam A ni boleh terbahagi kepada 2 jenis:
1) "Lantak kau la kan, baiklah minggu orientasi."
2) "Kenapa sampai macam tu sekali, kecik hati titewwww"

Ok, yang no 1 tu memang hati kering. Yang no 2 ni, emm ok jangan sedih-sedih. Si B tu maybe panas baran sikit.



----------------------------------------------Sesi A dan B Tammat--------------------------------------------------

Memang aku pun penah jugak berada di situasi tersebut, bukan aku je, korang pun pernah kan? Pernah kan? Kan? Kan? HahaXD. *Takkan aku sorang je kot V_V. Sadis. Apa yang kau patut buat dengan orang macam ni, First, SABAR. Ya, itulah sebaik-baik penyelesaian. Daripada korang pun balas. Api balas dengan api, memang lagi marak la. Korang boleh dapat banyak manfaat dengan bersabar. Sabar kan sebahagian daripada iman. Jangan rasa rendah diri, kurang keyakinan diri. Allah tu sentiasa ada dengan kita. Sentiasa memandang, mendengar. Kita tak pernah rasa Dia ada dekat dengan kita, sebab kita ni manusia yang sering bersifat alpa. Asal ada masalah je, post dekat FB, Twitter, Blog and segala macam laman sosial lah. Untuk apa? Orang-orang kat dalam tu nothing! Tak boleh buat apa-apa pun. Diorang just boleh baca status korang, and then komen "bersabar lah ye". Itu je yang diorang mampu buat. Tapi bila korang mengadu pada Allah, Dia dengar. Dia boleh buat. Dia mampu untuk ubah apa yang dia nak ubah. Kunfayakun :). Bila korang rasa korang terhina, tapi bagi Allah tak. Dia yang cipta kita, Dia sayang kita. Tapi kita sayang tak Dia? Dia bagi kita segala galanya. Tapi kita hargai tak pemberian dia? Kita gunakan dengan elok ke tak? Bila setitis air mata korang jatuh kerana Allah, korang akan rasa bernilai air mata tu. Berbanding air mata yang korang pernah titiskan selama ni.

Allah tu sayang kita, dia tak sanggup tengok kita sengsara. Jadi Dia bagi kita hint macam mana nak bahagia. Tapi kita yang tak nampak. Malah kita persoalkan. Jadi, jangan korang rasa penuh kekurangan, Allah kan ada? :) Kita hidup kerana Allah. Bukan kerana puaskan hati orang. Wallahua'lam.





#Post ni untuk kita bersama. Aku juga manusia. Manusia yang selalu alpa. :)



No comments:

Post a Comment

Correct me if I'm wrong :) TQ