Thursday 8 November 2012

CINTA. Hmm.

Assalamualaikum cinta :)

Ok, untuk tajuk aku post ni jiwang sikit ar. Pasal cinta? Banyak blog atau artikel atau cerpen hape ke mesti diorang akan tanya APAKAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH CINTA? Tu dah memang soalan wajib kot. Haha. And aku pun nak jugak menyibuk tanya kat ampa semua apa itu cinta? Bagi aku cinta ni ialah suatu kemanisan yang dirasai oleh para pencinta sekalian apabila cinta itu tidak dihalang oleh hukum syara' malah halal lagi disisi Islam. Ni jangan pulak korang tulis kat jawapan exam. Ni just pendapat aku je. Mungkin pendapat korang lagi bernas daripada aku kan. Orang kata cinta, sayang, suka dan minat tu perkara yang berbeza. Contohnya, nampak perbezaan apabila kau sayang kat mak ayah and haiwan peliharaan. Camtu la kot. Apa punya analogi daaa.. 

Bila cakap pasal cinta, orang mesti banyak kaitkan dengan remaja, bila kaitkan remaja dan cinta mesti cakap pasal trend sekarang iaitu ofkoslah "KAPeL". And ada jugak yang kapel dalam versi cinta islamik. Kita dah sedia maklum bahawa, kapel itu haram. Ulama' yang kata bukan aku. Hihihi. And sebenarnya tujuan aku post pasal cinta ni sebab aku banyak tengok pengalaman kawan-kawan aku bercinta tapi sakit. Semuanya berakhir macam tu je. And aku ada jugak tengok budak-budak sekolah sekarang lagi la advance! Peh jangan cakap la, kalau kat aku punya wall tu mesti penuh dengan maggi cintan cintun yang dipost oleh budak-budak ni. Credit to my LOVE. Peh memang mengalahkan orang yang dewasa macam aku ni. Ehem. Dewasa ke? Tapi bila diorang dah break up, mesti post yang mengalahkan taiko besar. Maksud aku dalam versi maki hamun la. Contohnya, "Tak guna punya jantan! Mencik! Mencik!" Ok adik-adikku, STOP! Kalau adik taknak sakit lagi, takpayah la kapel lagi ye? And kapel ni pun diibaratkan macam rokok. Bila kita sebut pasal rokok, mesti didampingi oleh perkataan ketagih. Macam tu jugak dengan kapel ni. Once diorang dah kapel, and putus, diorang macam nak lagi kapel. dan nak lagi. nak lagi. Itu ibarat nak cari pengganti untuk hati yang terluka. Macam tu lah kiranya. 





Kawan-kawan dan adik-adikku, kalau taknak hati disakiti, stoplah daripada bercinta diusia muda ni. Kalau benar dia cintakan korang, dia tak mungkin bawak korang ke arah yang tak elok. Tapi diorang akan pandu korang ke arah kebaikan. Kita ni muda lagi, harapan mak ayah. Kita sepatutnya cintakan diorang daripada cintakan kekasih yang kita tak tahu berapa lama hubungan itu akan kekal. Korang boleh jamin tak sampai bila cinta korang akan bertahan? Aku ada kawa yang bercinta sampai makan tahun la jugak. hampir 4 tahun, tapi hasilnya? Putus macam tu je. Kalau putus tak rasa sakit tak apa. Tapi hati mestilah sakitkan. Ditinggalkan macam tu je. 

Macam mana nak elakkan diri daripada bercinta diusia muda? Atau dalam konteks yang sama. NO KAPEL BEFORE NIKAH. Exactly!



1. Sibukkan diri dengan aktiviti.
    Ni memang aku rasa mujarab la jugak. Sebab bila korang busy, korang tak ada masa nak berangan nak pakai baju pengantin tema warna apa. Lauk apa. Buat kat hotel mana. And seriously bila korang busy, korang tak akan alone. Yela, bila korang alone, korang akan rasa bosan and korang nak someone untuk hilangkan bosan. Or dalam kata kasarnya maybe orang duk kapel ni untuk hilangkan bosan. HahaXD. 

2. Rapat dengan family.
    Bila korang rapat dengan family, korang akan rasa MY FAMILY IS EVERYTHING. Yela kalau korang tengah kesusahan pun, family lah orang pertama yang akan hulurkan pertolongan. Contohnya dari segi kewangan ke, kesihatan ke. Contoh korang ada sakit buah pinggang. And korang amat memerlukan buah pinggang yang baru. I mean perlu buat organ transplant. Ofkoslah family korang akan dermakan. Sebab diorang sayangkan korang. Lover korang ada berani ke nak buat? Huhu. 

3. Banyakkan kelompok berkawan. 
    Aku percaya bila korang berkawan, probability korang untuk bergaduh sangat rendah. Yela kawan kan. Korang cakap kasar macam mana sekali pun. Kawan yang baik tak akan kecik hati. Kalau korang cakap macam tu kat lover korang, agak-agak macam mana? And bila seseorang tu berhadapan dengan lover dia, dia akan jadi sesempurna yang boleh. I mean tak akan tunjukkan kebodohan korang. Hey dude, nobody perfect ok. ==" Anda bila golongan macam ni dah melangkah ke alam, perkahwinan. Mesti ada kejutan budaya ar. Contohnya: sebelum kawin bukan main ingatkan "Jangan lupa solat, solat tu tiang agama". Bila time subuh je mesti mesej masuk "Bangun, masa untuk subuh". Lepas kawin je, solat ntah mana, tiang agama ntah mana, subuh pun ntah mana. Maka betullah kata-kata Imam Hasan Al-Banna, "berapa lama sekalipun kamu semua bercinta kamu tak akan kenal siapa sebenarnya diri dia".  Kita akan kenal orang tu bila kita sebumbung dengan dia. 

4.  In LOVE with HIM.
     Him? He is Allah :). Sebagaimana yang kita tahu, dalam 99 nama Allah, Salah satunya ialah Ar-rahim yang bermaksud penyayang. Allah sayangkan kita sebab kita ni ciptaan dia. Macam kita bela kucing. Mesti korang sayang gila-gila dengan kucing tu kan. Bila kita sayang Allah seikhlasnya, Allah akan hadirkan orang-orang yang sayangkan dia untuk kita. So sweet :). Sebagaimana yang telah Allah firman dalam surah An-Nur ayat 26. Ha cepat bukak tafsir Quran. 

5. Ada kekuatan hati.
    Kekuatan yang macam mana aku maksudkan? Korang kena selalu motivate diri bahawa diri korang itu mahal! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh dapatkan cinta korang. Hanya orang yang betul-betul berani sahaja yang boleh dekati korang. I mean, kalau betul dia sayang korang. Dia tak akan ambil korang sebagai "awek" sebaliknya dia akan ambil korang sebagai "isteri". Itulah se"sweet-sweet" lelaki. :). Wahai para lelaki, take note ok. 



And kalau korang perasan. Tips kat atas ni pun boleh diguna pakai untuk orang yang sedang putus cinta. Kuatkan hati. Smile. And ambil pengajaran. Semua orang melakukan kesilapan. Ada masa lagi kita nak ubah kearah kebaikan. Aku buat post ni memang especially untuk kaum hawa. Allah ciptakan perempuan istimewa sangat. Dia hadirkan rasa cinta dan kasih dalam diri setiap perempuan. Dia anugerahkan rahim untuk kita sebagai tempat perlindungan untuk bayi yang akan kita kandung kelak. Lelaki tak ada. Allah lebih memakbulkan doa orang perempuan. Lelaki pun tak ada keistimewaan tu. Allah bagi kita kemudahan untuk kita melangkah ke syurganya. Banyak kelebihan yang berpihak pada kita. Tapi kita tak sedar. Tapi bila kita dah sedar, kita akan rasa baiknya Allah. Kenapa aku tak sedar selama ni. So, apa lagi tunggu? Hurry up! Jom bercinta dengan Allah! :)



Wallahua'lam

 

No comments:

Post a Comment

Correct me if I'm wrong :) TQ