Monday 29 October 2012

Berubahlah walaupun sebesar zarah

Assalamualaikum :)

Ok tengok tajuk je dah macam bajet gila ah kan. Tapi aku nak kongsikan beberapa pandangan/pendapat/pengalaman aku sepanjang aku berblog ni. Ceh baru je 2 hari mula ber"blogging", dah bajet macam lama pulak kan. Hik3 :P

Ok, according to my title, aku nak relate kan dengan kehidupan semasa kita sekarang. Ceritanya bermula macam ni, sekarang kan ramai artis-artis Malaysia yang dah mula berhijrah. Tapi sekarang ni aku nak ketengahkan mengenai artis yang dah mula mengenakan hijab. Congratulations for them! Bukan senang tau nak berubah kearah kebaikan, ia memerlukan sedikit masa, usaha, dan juga semestinya SOKONGAN.

Disamping itu, aku jugak nak libatkan orang-orang yang bukan dari kalangan artis. Maksudnya, aku lebih fokuskan pada Wanita yang sudah mula berhijab. Pada awalnya, antara faktor-faktor yang aku rasa wanita tidak berhijab adalah:

1. Latar belakang keluarga.
    Mungkin diorang datang daripada keluarga yang tak mementingkan kewajipan bertudung.     Selalunya berlaku dalam kalangan keluarga yang agak berada. Tapi ada je keluarga yang berada yang menekankan kewajipan tersebut. Depends lah kan parents diorang. Kebanyakannya, anak perempuan akan ikut jejak langkah ibunya. Tapi tak semestinya la kan, ada je yang mak pakai tudung, tapi anak tak pakai and vice versa. 

2. Pengaruh rakan sebaya.
    Bagi aku pemilihan rakan sebaya ni sangat penting sebab kawan tu ibarat cermin bagi kita. Kalau baik kawan, baiklah kita. Buruklah kawan, buruklah kita. Cermin kan bersifat memantul. Macam tu la kita nak gambarkan diri kita. Tapi itu bukan bermakna kita tak boleh kawan dengan mereka yang teruk-teruk tu, itu semua bergantung pada diri kita, kalau kita pandai jaga diri and tegak pendirian, then go. Kalau korang jenis yang bukan macam tu, aku nasihatkan baik jangan. Merana hati nanti.

3. Pengaruh media.
    Sekarang ni kan media massa kita pesat berkembang. Sekarang ni pun banyak majalah-majalah yang berunsurkan fesyen dan trend. Dan kebanyakkan model-model sekarang ramai yang tidak berhijab. Mungkin dari situ diorang terpengaruh dari segi pakaian, rambut, dll. Kalau pakai tudung kiranya, pemilihan baju tu mestilah agak terhad. Takkan la nak pakai tudung dengan mini skirt pulak kan? atau mungkin seluar ketat. nanti macam mempersendakan agama pulak.

Alhamdulillah, once diorang dah pakai tudung, mesti orang-orang yang sebelum ni kenal dia mesti rasa macam pelik kan? Aku harap kalau korang berada di situasi macam ni, tolonglah jangan buat muka pelik. Sebaliknya, pergi dekat diorang, "manisnya awak bertudung, cantik sangat" dengan raut wajah yang sesuci lebaran disertai senyuman seikhlas boleh. Jangan korang buat senyuman sinis sudahlah, dah sah-sah la orang tu fikir yang korang perli. Oh plis plis. Jangan. Disaat ini orang-orang macam ni la sangat-sangat memerlukan bimbingan dan sokongan dari korang untuk mengekalkan perubahan tu.

Jangan pulak korang komen macam ni "eh si Temah tu dah pakai tudung, tapi pakai lengan 3 suku, tapi pakai tudung pendek, tapi itu, tapi ini bla bla bla bla bla...... Jangan, jangan, jangan. Kalau korang betul-betul berani dan orang yang rasional, pergi jumpa face to face and tegur secara berhemah dan mesra alam. Bukan cakap pakai air liur tersembur sembur macam tu. And tolonglah jangan bagi komen-komen yang negatif yang boleh menjatuhkan semangat diorang.

Biarlah diorang pakai macam tu sekalipun, sebab diorang baru nak melangkah ke alam baru. Diorang baru nak kenali identiti bertudung itu sendiri. Asalkan hati diorang ikhlas kerana Allah. Itu yang lebih penting. Perubahan tu sememangnya berlaku sedikit demi sedikit. Dari bertudung pendek ke tudung labuh, dari berlengan pendek ke lengan panjang, dari tidak berstokin akhirnya berstokin. Semuanya memerlukan masa. Bagilah diorang ruang untuk membawa dan mengekalkan perubahan manis tu.  Kita sebagai orang yang terdekat, perlu mendoakan agar diberi kekuatan pendirian dengan keputusan mereka untuk bertudung. Itulah semanis manis perubahan. :)

Wallahu'alam.




No comments:

Post a Comment

Correct me if I'm wrong :) TQ