Saturday 17 November 2012

RINDU? Macam mana nak urus eh?

Assalamualaikum :)

Hari ni hari Sabtu, bermakna esok hari AHAD. Kenapa dengan Ahad? Yeah. Kena balik U dah. Hmmmmm. Ok, lupakan. Hari ni macam biasalah rutin harian aku ialah online FB. Dan seperti biasalah mesti ada "maggi cintan cintun" dekat news feed aku tu. Mata dan hati ini bagaikan tertarik untuk baca status-status yang telah di"update" oleh beberapa budak Geng Bas Sekolah.

PART I

For example:

"Kenapa bila aku dah mula sayang kat kau, kau pergi macam tu je ha?"

"I really miss him, I can't forget about him"

Ok, really really really hmmm. Ewwww. Memang tak boleh blah la kalau budak sekolah update status macam tu, mengalahkan orang yang dah kawin.

And baru-baru ni aku ada terjumpa gambar yang telah di"share" oleh salah seorang rakan FB aku. Ni dia:

Apa komen anda semua? Memang tak masuk akal langsunglah nak buat macam tu. Menyeksa diri sendiri. Demi cinta yang tak pasti tu sanggup buat macam ni. Budak-budak sekarang memang ekstrim la. Adik-adik dan kawan-kawan jangan buat macam ni ye. Kalau kecewa bercinta sebab pihak lagi satu tu tak setia. Biarkan. Itu adalah kelebihan bagi pihak korang, sebab korang dah tahu perangai dia yang sebenar. Curang. Cuba bayangkan kalau korang still dengan lelaki yang macam tu hingga ke jinjang pelamin sekalipun. Korang akan tetap rasa curiga dengan dia sebab dulu dia dah penah curang dengan korang tak mustahil lepas kahwin dia akan buat perkara yang sama. See?

PART II

Amboi macam pelik je siap ada part 1 dengan part 2. Ok, aku nak tanya korang, korang pernah tak rasa minat and suka dekat someone. Kenapa korang minat kat dia? Mesti ada satu keistimewaan yang ada pada dia yang korang suka. Sebagai contoh dia hensem ke, cantik ke, pandai, bersifat kepimpinan, dll. Sape yang tak pernah minat kat someone tu memang abnormal lah. Sebab apa? Rasa minat kat seseorang tu adalah FITRAH. Apa itu fitrah? Fitrah tu ialah perkara semulajadi. Ala time kita sekolah menengah kan ada belajar dalam Pendidikan Islam. Ha yang tu la.


Marah, gembira, sedih juga fitrah. Contohnya kalau kita tengah marah, kita boleh kawal perasaan itu sendiri. Begitu juga dengan perasaan rindu. Itu pun fitrah dan kita mampu mengawalnya. Kalau dah suka kat seseorang tu mesti korang rasa rindu kan. Bohonglah tak rasa. Baik mengaku. Haha. Tak salah kalau rindu. Tapi jangan sampai melarat. Beragaklah kan. Cukuplah kalau kita mengadu pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha mendengar. Dia yang anugerahkan perasaan yang sebegitu rupa kat kita. Dia faham dengan kita. Oh so sweet :)


Macam mana nak urus perasaan rindu?

1. Sibukkan diri
 Kenapa? Sebab bila korang tengah duk boring-boring mesti punyalah korang akan terfikirkan dia and rindu. Tapi bila korang sibukkan diri. Korang tak kan ada masa nak fikirkan dia. Contohnya, keluar dengan kawan-kawan ke, belasah bergurau dengan budak kecik ke, ataupun tolong mak buat kerja rumah ke. Beban mak korang ringan.Beban rindu kau pun ringan gak.

2. Membayangkan muka si dia dalam keadaan aib
Ni bukan kes nak aibkan sape-sape. Ni antara korang jela. Jangan pulak korang pergi cakap kat kawan-kawan korang macam ni, "eh cuba kau bayangkan muka crush aku tu masa tengah tidur keluar air liur basi meleleh leleh". Itu lain kes lah. Ni korang bayangkan sendiri-sendiri sudahlah kan. Haha. Ok aku dah bayang :P

3. Ada kekuatan hati. 
 Korang kena selalu tanam azam yang korang boleh buat! Jangan korang cakap "ala, aku dah cuba nak lupakan dia, tapi tak boleh laaaaaa". Jangan putus asa! Cuba! Mesti boleh kalau hati korang betul-betul ikhlas nak buat. Kan? :). Aja-aja fighting!




4. Elakkaan diri daripada menonton drama/filem yang berunsur romantik
Time-time perasaan yang jiwa kacau ni, jangan pernah berani nak tengok cerita yang macam tu sbg contoh ombak rindu ke lagenda budak setan ke apa ke. Memang korang masuk dalam zon bahaya la. Kalau korang tengok cerita macam tu korang pasti akan teringatkan dia dan fikir yang bukan-bukan. Ok jangan nakal-nakal ye.

5. Galakkan diri tengok cerita yang berunsur komedi
    Yang ni rasanya boleh pakai jugaklah. Sebab bila korang gelak sakan tengok cerita apa ntah korang akan lupa sekejap dengan apa masalah yang ada. Hati korang akan rasa happy. Cubalah :)

Last but not least, this tips (effort) + doa = Success. Believe it. Bila korang rindu pasa seseorang, mengadu pada Allah. Dia dengar. Mungkin dengan cara itu akan membuatkan korang akan rasa sedih dan menangis, biarkan. Allah cipta kita, Dia tahu macam mana kita. Dia akan tunjukkan jalan untuk kita.


Wallahua'alam



Friday 16 November 2012

Untuk Palestin!

Assalamualaikum

Kita sudah lama digegarkan berita mengenai keganasan dan kerakusan Zionis terhadap Palestin. Kini kegiatan mereka semakin menjadi jadi! Sifat tamak dan sombong mengusasai diri! Tidak sedar semua ini pinjaman dari Illahi. Masya-Allah!

Aku sangat bersimpati dengan palestin. Bayi! Kanak-kanak! Kaum wanita! menjadi mangsa kerakusan Zionis Laknatullah! Hanya dalam puisi sahaja dapat aku luahkan..

:(

Oh Palestinku.


Palestinku...
Bumi yang penuh keistimewaanya,
Banyak juga sejarahnya,
Disitu juga terletaknya,
Masjid Al-Aqsa kebanggaan kita,
Kiblat pertama ummah seluruh dunia.

Tapi kini,
Bumi itu tidak lagi aman,
Menjadi mangsa kerakusan,
Zionis yang tidak berperikemanusiaan,
Marah melihat kegembiraan,
Senyum melihat tangisan,
Tawa melihat kematian,
Dibunuhnya ramai insan,
Tanpa rasa belas kasihan.

Kanak-kanak menggigil ketakutan,
Para wanita menjadi tumpuan,
Laki-laki gagah mempertahankan,
Demi maruah Palestin,
Nyawa sanggup dipertaruhkan!

Oh Palestinku...
Aku tidak berdaya lagi,
Melihat ada tangisan yang jatuh ke pipi,
Darah memercik ke sana sini,
Mayat bergelimpangan tanpa simpati,
Tapi,
Tidak pula aku mampu menentang,
Zionis Laknatullah berhati berang,
Hanya utusan doa menjadi titipan,
Agar Engkau terus dikurniakan kekuatan.

Ya Allah, selamatkanlah bumi Palestin!

100% written by me. No copy-paste melainkan minta kebenaran daripada saya.
Amanah dalam melakukan kerja, barulah bernilai dimata manusia lagi mulia disisi Allah :)

Wallahua'alam

Tuesday 13 November 2012

Suka ke tidak?

Assalamualaikum :')

Aku tengah cuti mid sem sekarang ni. Tapiiiiii seminggu jeee? Suka ke tidak? Semestinyalah TAK SUKA. Cuti kan. Sape yang suka cuti panjang pendek. Nak-nak lagi dipenuhi dengan assignment. Yes, we must SMILE ==". Eh :)

Tu bukan tujuan aku tulis blog ni, saje je sebagai mukaddimah. Aku nak tanya korang, pernah tak korang tak suka terhadap satu benda tu, and akhirnya korang akan suka? Mesti pernah kan? Aku pernah rasa, Jiran sebelah rumah aku pernah rasa, dan jiran korang pun pernah kan? *Perlu ke libatkan pasal jiran ni. Ok, pokoknya pernah kan.

Selalunya macam tu la kan, nak-nak lagi kalau kena ikut telunjuk mak ayah kita. Walhal kita tak suka pun. Tapi kena ikut juga. Mak ayah kan. Diorang dah banyak makan garam daripada kita. So, diorang tahu apa yang terbaik untuk kita. Contohnya, ada parents ni ada anak yang sangat nakal and agak sosial kehidupannya, parents budak ni tak kasik guna handphone sebab takut-takut anak dia menyalahgunakannya sendiri. Yelah, budak-budak sekarang kan lagi advance macam aku cakap dulu. Tapi anak dia memberontak nak jugak guna handphone. Nak jugak! Nak jugak! Kalau korang jadik parents budak tu, korang nak bagi ke tak? Eh ofkoslah TAK kan. Sebab apa? Sebab diorang tahu kenakalan anak diorang. And diorang nak kan yang terbaik untuk anaknya. Lumrah, every parents nak yang terbaik. Bila satu hari nanti budak ni dah besar, atau dalam konteks lain mempunyai fikiran yang matang, mesti dia akan berterima kasih dengan tindakan parents dia dulu. Yeah strict but love. :)






Tadi punya kes, kita memang dah nampak sangat implikasinya. And dah banyak sangat berlaku dalam masyarakat kita. Tapi tak jugak tu, budak sekolah rendah sekarang memang dah advance weh, dah ada handphone. Kalau handphone cikai-cikai takpe jugak. Handphone "touchscreen" lagi.. Dah tu, siap main mesej lagi dengan cikgu sendiri, "Hai cikgu, tengah buat apa tu?". Serius ni kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku. Kakak dia cikgu practical kat sekolah rendah. Maju weh, aku dulu bukan setakat handphone, bateri handphone pun takda. Wuwuwuwuwu V_V.

And lagi satu kes, contoh korang nak apply medic, nak jadi doktor la kan. Sebab korang sangat cintakan biologi dan society. Tapi parents korang tak setuju, and nak sangat korang jadik lawyer. "U should be a lawyer like ur daddy", berkata mummy kepada anaknya. Ala yang selalu macam deraamaa tu. Time ni lah korang akan rasa dilema sangat, mana satu korang nak ikut. Kalau korang memang boleh bawak and minat dalam bidang undang-undang ni, then go. But, kalau korang seriously tak boleh masuk dalam dunia "law" ni. Baik korang bawak berbincang dengan parents korang. Jangan pulak korang memberontak tak tentu pasal. Just go through with patient. Sabar and cakap baik-baik. InsyaAllah parents korang akan berlembut hati. Believe it. But ada jugak parents yang betul-betul keras hati taknak terima keputusan anak-anak dia. Last step, leave it to Allah. Buatlah solat hajat and bersungguh sungguh mintak pada Dia supaya lembutkan hati parents korang. insyaAllah semuanya OK :)



And pernah tak korang rasa kecewa tak dapat apa yang korang nak. Ya semua orang pernah rasa. Tak payah cakaplah, jiran korang pun pernah je rasa. Contoh korang nak dapat straight A's untuk SPM tahun ni, tapi takda rezeki. Ya, sangat kecewa. Apa yang aku boleh nasihatkan ialah REDHA. Seriously, itu semua dugaan. Allah nak tengok kita ni bersyukur ke tidak dengan pemberian dia. Dia nak uji kita ni jenis hamba dia yang macam mana bila berhadapan dengan ujian. Pernah tak orang  tua tanya kat kakak or kakak ipar or kakak saudara korang yang dah berkahwin tapi tak dikurniakan anak lagi, and jawapan diorang takda rezeki lagi.  Rezeki ni macam-macam. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. Kita tak tahu perjalanan hidup kita,  itu semua rahsia. Kita terbatas untuk mengetahui segalanya. Kita ni cuma manusia. Apa yang mampu kita buat, usaha+doa+tawakal. Lets be the real KHALIFAH :)






Aja aja fighting!


Watch Out!
 
Wallahu'alam.

Thursday 8 November 2012

CINTA. Hmm.

Assalamualaikum cinta :)

Ok, untuk tajuk aku post ni jiwang sikit ar. Pasal cinta? Banyak blog atau artikel atau cerpen hape ke mesti diorang akan tanya APAKAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH CINTA? Tu dah memang soalan wajib kot. Haha. And aku pun nak jugak menyibuk tanya kat ampa semua apa itu cinta? Bagi aku cinta ni ialah suatu kemanisan yang dirasai oleh para pencinta sekalian apabila cinta itu tidak dihalang oleh hukum syara' malah halal lagi disisi Islam. Ni jangan pulak korang tulis kat jawapan exam. Ni just pendapat aku je. Mungkin pendapat korang lagi bernas daripada aku kan. Orang kata cinta, sayang, suka dan minat tu perkara yang berbeza. Contohnya, nampak perbezaan apabila kau sayang kat mak ayah and haiwan peliharaan. Camtu la kot. Apa punya analogi daaa.. 

Bila cakap pasal cinta, orang mesti banyak kaitkan dengan remaja, bila kaitkan remaja dan cinta mesti cakap pasal trend sekarang iaitu ofkoslah "KAPeL". And ada jugak yang kapel dalam versi cinta islamik. Kita dah sedia maklum bahawa, kapel itu haram. Ulama' yang kata bukan aku. Hihihi. And sebenarnya tujuan aku post pasal cinta ni sebab aku banyak tengok pengalaman kawan-kawan aku bercinta tapi sakit. Semuanya berakhir macam tu je. And aku ada jugak tengok budak-budak sekolah sekarang lagi la advance! Peh jangan cakap la, kalau kat aku punya wall tu mesti penuh dengan maggi cintan cintun yang dipost oleh budak-budak ni. Credit to my LOVE. Peh memang mengalahkan orang yang dewasa macam aku ni. Ehem. Dewasa ke? Tapi bila diorang dah break up, mesti post yang mengalahkan taiko besar. Maksud aku dalam versi maki hamun la. Contohnya, "Tak guna punya jantan! Mencik! Mencik!" Ok adik-adikku, STOP! Kalau adik taknak sakit lagi, takpayah la kapel lagi ye? And kapel ni pun diibaratkan macam rokok. Bila kita sebut pasal rokok, mesti didampingi oleh perkataan ketagih. Macam tu jugak dengan kapel ni. Once diorang dah kapel, and putus, diorang macam nak lagi kapel. dan nak lagi. nak lagi. Itu ibarat nak cari pengganti untuk hati yang terluka. Macam tu lah kiranya. 





Kawan-kawan dan adik-adikku, kalau taknak hati disakiti, stoplah daripada bercinta diusia muda ni. Kalau benar dia cintakan korang, dia tak mungkin bawak korang ke arah yang tak elok. Tapi diorang akan pandu korang ke arah kebaikan. Kita ni muda lagi, harapan mak ayah. Kita sepatutnya cintakan diorang daripada cintakan kekasih yang kita tak tahu berapa lama hubungan itu akan kekal. Korang boleh jamin tak sampai bila cinta korang akan bertahan? Aku ada kawa yang bercinta sampai makan tahun la jugak. hampir 4 tahun, tapi hasilnya? Putus macam tu je. Kalau putus tak rasa sakit tak apa. Tapi hati mestilah sakitkan. Ditinggalkan macam tu je. 

Macam mana nak elakkan diri daripada bercinta diusia muda? Atau dalam konteks yang sama. NO KAPEL BEFORE NIKAH. Exactly!



1. Sibukkan diri dengan aktiviti.
    Ni memang aku rasa mujarab la jugak. Sebab bila korang busy, korang tak ada masa nak berangan nak pakai baju pengantin tema warna apa. Lauk apa. Buat kat hotel mana. And seriously bila korang busy, korang tak akan alone. Yela, bila korang alone, korang akan rasa bosan and korang nak someone untuk hilangkan bosan. Or dalam kata kasarnya maybe orang duk kapel ni untuk hilangkan bosan. HahaXD. 

2. Rapat dengan family.
    Bila korang rapat dengan family, korang akan rasa MY FAMILY IS EVERYTHING. Yela kalau korang tengah kesusahan pun, family lah orang pertama yang akan hulurkan pertolongan. Contohnya dari segi kewangan ke, kesihatan ke. Contoh korang ada sakit buah pinggang. And korang amat memerlukan buah pinggang yang baru. I mean perlu buat organ transplant. Ofkoslah family korang akan dermakan. Sebab diorang sayangkan korang. Lover korang ada berani ke nak buat? Huhu. 

3. Banyakkan kelompok berkawan. 
    Aku percaya bila korang berkawan, probability korang untuk bergaduh sangat rendah. Yela kawan kan. Korang cakap kasar macam mana sekali pun. Kawan yang baik tak akan kecik hati. Kalau korang cakap macam tu kat lover korang, agak-agak macam mana? And bila seseorang tu berhadapan dengan lover dia, dia akan jadi sesempurna yang boleh. I mean tak akan tunjukkan kebodohan korang. Hey dude, nobody perfect ok. ==" Anda bila golongan macam ni dah melangkah ke alam, perkahwinan. Mesti ada kejutan budaya ar. Contohnya: sebelum kawin bukan main ingatkan "Jangan lupa solat, solat tu tiang agama". Bila time subuh je mesti mesej masuk "Bangun, masa untuk subuh". Lepas kawin je, solat ntah mana, tiang agama ntah mana, subuh pun ntah mana. Maka betullah kata-kata Imam Hasan Al-Banna, "berapa lama sekalipun kamu semua bercinta kamu tak akan kenal siapa sebenarnya diri dia".  Kita akan kenal orang tu bila kita sebumbung dengan dia. 

4.  In LOVE with HIM.
     Him? He is Allah :). Sebagaimana yang kita tahu, dalam 99 nama Allah, Salah satunya ialah Ar-rahim yang bermaksud penyayang. Allah sayangkan kita sebab kita ni ciptaan dia. Macam kita bela kucing. Mesti korang sayang gila-gila dengan kucing tu kan. Bila kita sayang Allah seikhlasnya, Allah akan hadirkan orang-orang yang sayangkan dia untuk kita. So sweet :). Sebagaimana yang telah Allah firman dalam surah An-Nur ayat 26. Ha cepat bukak tafsir Quran. 

5. Ada kekuatan hati.
    Kekuatan yang macam mana aku maksudkan? Korang kena selalu motivate diri bahawa diri korang itu mahal! Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh dapatkan cinta korang. Hanya orang yang betul-betul berani sahaja yang boleh dekati korang. I mean, kalau betul dia sayang korang. Dia tak akan ambil korang sebagai "awek" sebaliknya dia akan ambil korang sebagai "isteri". Itulah se"sweet-sweet" lelaki. :). Wahai para lelaki, take note ok. 



And kalau korang perasan. Tips kat atas ni pun boleh diguna pakai untuk orang yang sedang putus cinta. Kuatkan hati. Smile. And ambil pengajaran. Semua orang melakukan kesilapan. Ada masa lagi kita nak ubah kearah kebaikan. Aku buat post ni memang especially untuk kaum hawa. Allah ciptakan perempuan istimewa sangat. Dia hadirkan rasa cinta dan kasih dalam diri setiap perempuan. Dia anugerahkan rahim untuk kita sebagai tempat perlindungan untuk bayi yang akan kita kandung kelak. Lelaki tak ada. Allah lebih memakbulkan doa orang perempuan. Lelaki pun tak ada keistimewaan tu. Allah bagi kita kemudahan untuk kita melangkah ke syurganya. Banyak kelebihan yang berpihak pada kita. Tapi kita tak sedar. Tapi bila kita dah sedar, kita akan rasa baiknya Allah. Kenapa aku tak sedar selama ni. So, apa lagi tunggu? Hurry up! Jom bercinta dengan Allah! :)



Wallahua'lam

 

Thursday 1 November 2012

Jangan kau rasa terhina

Assalamualaikum :)

Bagi aku manusia ni terbahagi kepada 2, iaitu yang baik dan yang kurang baik. Yang baik tu, korang dah sedia maklum la kan macam mana. Yang kurang baik tu, aku maksdukan SOMBONG TAK TENTU PASAL. Sejak aku masuk alam U ni, macam macam perangai manusia aku nampak. Yang eloknya sedap mata memandang, Yang kurang elok, MasyaAllah.

Kebanyakkannya ramai budak-budak perempuan yang sombong ni, serius ar. Aku yang perempuan ni pun memang akui tu. Tapi aku tak lah kan. HahaXD. Sombong macam mana? Ok aku bagi situasi la,

A: Awak, ada tisu tak? Boleh mintak satu?
B: Tak! (suara tinggi, cakap tak pandang muka A langsung)
A: Err ok .....

Tak ke yang A tu rasa terhina je. Padahal nak mintak satu tisu je pun. Peh. And aku bet la kalau korang berada dalam situasi kat atas tu, ada yang bengang, and ada jugak yang sedih weh. Sobs3 :'(. Ok A, jangan sedih-sedih ye. Tak semua orang macam tu. Kadang-kadang tu kita kena selalu bersangka baik kat semua orang. Tapi dah kalau si B asyik panas je dengan si A, siapa tak terasa beb. Cakap pun macam menengking, pandang pun jeling. Memang sah ar kan. Padahal baru je kenal. *Situasi semasa minggu orientasi.

Maybe kalau orang macam A ni boleh terbahagi kepada 2 jenis:
1) "Lantak kau la kan, baiklah minggu orientasi."
2) "Kenapa sampai macam tu sekali, kecik hati titewwww"

Ok, yang no 1 tu memang hati kering. Yang no 2 ni, emm ok jangan sedih-sedih. Si B tu maybe panas baran sikit.



----------------------------------------------Sesi A dan B Tammat--------------------------------------------------

Memang aku pun penah jugak berada di situasi tersebut, bukan aku je, korang pun pernah kan? Pernah kan? Kan? Kan? HahaXD. *Takkan aku sorang je kot V_V. Sadis. Apa yang kau patut buat dengan orang macam ni, First, SABAR. Ya, itulah sebaik-baik penyelesaian. Daripada korang pun balas. Api balas dengan api, memang lagi marak la. Korang boleh dapat banyak manfaat dengan bersabar. Sabar kan sebahagian daripada iman. Jangan rasa rendah diri, kurang keyakinan diri. Allah tu sentiasa ada dengan kita. Sentiasa memandang, mendengar. Kita tak pernah rasa Dia ada dekat dengan kita, sebab kita ni manusia yang sering bersifat alpa. Asal ada masalah je, post dekat FB, Twitter, Blog and segala macam laman sosial lah. Untuk apa? Orang-orang kat dalam tu nothing! Tak boleh buat apa-apa pun. Diorang just boleh baca status korang, and then komen "bersabar lah ye". Itu je yang diorang mampu buat. Tapi bila korang mengadu pada Allah, Dia dengar. Dia boleh buat. Dia mampu untuk ubah apa yang dia nak ubah. Kunfayakun :). Bila korang rasa korang terhina, tapi bagi Allah tak. Dia yang cipta kita, Dia sayang kita. Tapi kita sayang tak Dia? Dia bagi kita segala galanya. Tapi kita hargai tak pemberian dia? Kita gunakan dengan elok ke tak? Bila setitis air mata korang jatuh kerana Allah, korang akan rasa bernilai air mata tu. Berbanding air mata yang korang pernah titiskan selama ni.

Allah tu sayang kita, dia tak sanggup tengok kita sengsara. Jadi Dia bagi kita hint macam mana nak bahagia. Tapi kita yang tak nampak. Malah kita persoalkan. Jadi, jangan korang rasa penuh kekurangan, Allah kan ada? :) Kita hidup kerana Allah. Bukan kerana puaskan hati orang. Wallahua'lam.





#Post ni untuk kita bersama. Aku juga manusia. Manusia yang selalu alpa. :)