Saturday 27 October 2012

Allah itu sangat MANIS :)

Ya, Allah itu memang sangat manis. Dialah Tuhan yang Esa yang tidak pernah tidur. Yang selalu mendengar rintihan kita. Selalu juga mendengar doa-doa hambanya.

For my first post in this blog, I just wanna to share something that related to my title. A little bit experience that I ever had in my life.

Pada tahun 2011, saya merupakan pelajar Matrikulasi di bahagian selatan bagi sesi 2011/2012. Untuk pengetahuan yang memang sudah lama ketahuan Pelajar Matrik memang untung sebab kami dapat ELAUN. Yeahhh. Jadi pada adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun ini marilah ramai-ramai memenuhkan Matrikulasi yang ada dekat Malaysia ini. Hehe. Ok dah lari tajuk nampak. Sambung balik. Mentang-mentanglah dapat elaun tiap-tiap bulan, so diri ini menjadi tidak keruan dengan duit yang ada didalam akaun. Nak-nak lagi baru lepas PSPM 1. Cuti kan? Apa lagi, aktiviti membeli belah itu suatu kewajipan bagi kaum wanita. Jadi kesan daripada aktiviti yang kurang sihat ini, terPAPA KEDANAlah aku apabila masuk semester 2. Aku memang dah tahu yang duit elaun aku makin berkurangan. Berkurangan yang macam mana? Kalau nak tampung makan untuk satu hari pun memang tak dapatlah. So harap-harap fahamlah macam mana kan? HahaXD. Memang sangat sadis. So, disebabkan aku ni agak pemalu lah jugak nak minta duit dekat mak ayah. Aku pun berdiam diri. Buat-buat ada duit jelah kan.  And aku bet korang pun pernah rasa macam aku kan? Maksud aku segan nak mintak duit kat mak ayah. Ya kita serupa. V_V

Kalau nak tunggu duit elaun memang lambatlah kan. Jadi aku terpaksa pinjam duit kawan BAIK aku. Kitorang memang kadang-kadang akan pinjam duit daripada salah seorang kalau salah seorang tu kesulitan wang. Tapi bayar balik lah kan. Hutang wajib dibayar. Pernah sekali kitorang pernah berkongsi RM6 untuk tampung makan 1 hari. Memang rasa macam duduk dekat perantauan pula kan? Bukan sebab  tak ada duit langsung. Tapi disebabkan mesin ATM dekat Matrik ni selalu sangat OUT OF SERVICE. Itu dah memang PUNCA UTAMA kitorang kesulitan wang.

Jadi berbekalkan duit yang dipinjamkan oleh kawan BAIK aku, dapatlah setakat isi perut kan. Alhamdulillah. Tapi memang aku risau sangat kalau-kalau duit tu tak dapat tampung aku sampai elaun masuk. Takkan nak pinjam lagi kan. Memang malulah, walaupun dengan kawan BAIK sendiri. Walaupun dia memang jenis tak kisah, tapi rasa menyusahkan. Jadi sebagai lumrah, apabila Hamba Allah itu mengalami kesulitan, mereka akan mengingati dan berdoa agar ada jalan penyelesaian bagi kesulitan itu. Aku memang berserah pada Allah, hanya Dia sahaja yang boleh membantu.

Hinggalah kawan aku inform pada keesokan harinya, ELAUN akan dimasukkan secepat mungkin. Mula-mula tu macam tak percayalah juga. Tak mahulah bagi harapan dekat diri sendiri kan. Dah lah tengah mengalami zaman kejatuhan. Nanti kalaulah itu semua cumalah khabar angin sahaja, merana hati ini. Tapi mengharap sangat harap-harap betullah kan. Tak lupa dengan iringan doa. Ya Allah harap dipermudahkan segala urusanku. :). Dalam 2 atau 3 hari lepas tu memang betul elaun masuk. Sekepok pulak tu. Fuh memang rasa lega sangat. Dan yang paling penting dapat bayar balik hutang kawan BAIK aku tu. TQVM! 

Daripada pengalaman aku yang tak berapa sangat tu, menunjukkan yang Allah itu sangat manis! So sweet~!~ . Ingatlah kawan-kawan, Allah itu Maha Mendengar, Dia mendengar apa sahaja yang kita hajati. Tapi dengan syarat, keadaan kita semasa berhadapan dengan Allah mestilah sopan. Dan pengisian doa kita itu mestilah diiringi dengan puji memuji kehadrat Illahi. Dan lagi satu, HATI. Hati kita mestilah sentiasa ikhlas dan bersungguh sungguh berdoa padaNYA. InsyaAllah, doa akan termakbul dengan syarat-syarat itu. Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Correct me if I'm wrong :) TQ