Sunday 19 May 2013

Cubaan pertama !

Assalamualaikum...

Firstly, korang pernah dengar pasal doodle tak? Ya, yang kartun-kartun lidi tu. Aku dulu teringin sangat nak buat doodle sendiri. Sebab aku sangat suka tengok kartun doodle. Comel sangat. Nak-nak lagi kalau versi islamik. Memang bestlah. Dan lagi satu, aku suka jugak tengok gambar-gambar troll yang muka pelik-pelik tu. Haha. Ada sense of humor la. Dan sekarang, aku dah pandai buat doodle sendiri. Hihi. Tapi first try kan, taklah cantik mana pun. Agak buruk sikit la. Tapi puas hati sangat. Lepas ni aku nak try yang lebih mencabar lagi. Bawah ni aku punya hasil-hasil doodle. Sorry tak berapa lawa sangat :\





Ini cubaan pertama aku. Kalau siapa-siapa yang singgah baca kat blog ni dan tahu menahu macam mana nak buat doodle yang lagi comel. Bagitahu yeee. Teringin sangat nak belajar lebih mendalam :)

Wednesday 15 May 2013

Macam mana nak jadi student yang "not problem at all"

Assalamualaikum wbt :)

Okay nampaknya purata aku update blog 1-2 kali sebulan. Hal ini disebabkan kesibukan yang teramat amat sangat. Haha. Skema pulak ayat. Yela sem 2 ni baru ambil Hubungan Etnik. Siapa siapa yang ambil degree tu tahu la kan. Mula-mula masuk matrikulasi dan U ni baru rasa nak hargai Bahasa Melayu. Sebab belajar semua subjek dalam bahasa Inggeris hinggakan tahap kerinduan terhadap Bahasa Melayu sangatlah tinggi. Hihi. Tapi bila dah ambil subjek HE ni, dapat pulak belajar dalam BM, terus rasa macam bersemangat pulak. Buat assignment pun ayat nak bombastik je. Padahal masa zaman sekolah dulu, kerja karangan selalu je tak siap. Hoho. Biasalah kan, selalunya kalau benda tu dah tak ada depan mata barulah kita hargai. So hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum dia pergi meninggalkan kita :)

Sebenarnya entry ni bukannya nak cakap pasal menghargai. Tengok atas tu "Macam mana nak jadi student yang "not problem at all". Istilah ni suka suka hati aku je yang cipta. Haha. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran nak bagi tips. Pada pendapat aku "not problem at all" ni adalah sesuatu masalah yang kita dapat tangani dengan sebaik mungkin. Walaupun banyak assignment, test, tutorial yang melanda diri, kita perlu positif dan optimis dalam mengharunginya. Yela kat mana kita berada sekali pun tetap ada masalah. Di utarakah, selatankah, baratkah mahupun timur. Tetap ada masalah. Kenapa? Sebab masalah ini merupakah salah satu fitrah yang hadir dalam hidup kita. Masalah dapat mematangkan diri kita malah dapat mengajar kita apa itu erti kesabaran :)

Selalunya student ni bukannya setakat ada problem dengan assignment dan yang sewaktunnya tu, tapi ada jugak problem dengan orang-orang sekeliling. Orang ni tak suka la, orang ni benci la. Haih macam-macam kan. Aku ni pun ada kekurangannya dan tak terlepas daripada perasaan "tak suka" kat orang. Tapi jangan kita nilai orang tu melalui luaran sahaja atau istilah yang selalu kita sebut adalah "first impression". So, dont jugde a book by its cover. Kadang-kadang tu orang muka bengis yang amat tapi hati baik and vice versa. Biarlah kita kenal orang tu dulu barulah buat penilaian sendiri..

Eh bila nak bagi tips ni kan? Hihi. Nah tips :D

1. Banyakkan senyum
    Senyumlah kepada sesiapa yang kita kenal mahupun tak. Bukan nak suruh senyum 24 jam la. Tapi selalunya bila kita nak senyum kat orang, kita akan buat eye contact dulu and then baru senyum. Kenapa perlu buat eye contact? Yela bila kita dah saling berpandangan, automatik senyuman akan terukir. Dan lagi satu takutlah nanti senyum sorang-sorang pulak kann :( . Bila kita terserempak dengan orang yang kita dah kenal, sapalah dia. Contohnya, "kelas pukul berapa nanti?", kelas apa". Tapi jangan pulak tanya banyak soalan takut-takut orang tu rasa bosan dan terganggu. Selalunya kalau kita nak tengok mood orang tu, tengoklah dengan cara dia bercakap dan riak muka dia. Kita boleh nilai sendiri bahawa dia okay atau tak.

2. Keluar dari kelompok sendiri
    Keluar dari kelompok sendiri maksudnya bukannya nak suruh bertukar tukar kawan atau menjauhkan diri daripada kawan-kawan. Bermaksud kita perlu luaskan diri dengan berkawan dengan semua orang. Tak kiralah orang tu tak sama kos atau tak sama kolej dengan kita. Kalau ada group assignment ke senanglah nak bentuk kumpulan bila dah kenal dan tak lah rasa kekok. Tapi jangan nak berkawan dengan orang yang opposite gender dengan kita. Bukan tak bagi. Berkawan tu boleh, tapi bukan menggatal tau. Hihi, Bercakap bila perlu. Kalau nak join borak seeloknya dalam kelompok yang ramai bagi kaum wanita. Barulah tak menimbulkan fitnah :)

3. Aktif dalam group assignment
    Aktif bukan bermaksud perlu jadi ketua. Tapi bila dah bentuk group, dan kerja telah diagih agihkan, kita perlulah buat sebaik mungkin dan hantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Atau sumbangkan sedikit idea dan cadangan untuk kerja assignment. Jangan jadi pasif dalam group assignment, nanti dicop sebagai sleepy partner pulak. Yela, bila kita buat group assignment, maknanya buat beramai ramai. Orang ni macam-macam kerenahnya. Ada yang malas nak ambil tahu, ada yang terlalu mengharapkan hasil yang perfect. Jadi, buat part kita dan betulkan apa yang salah atau tambah-tambah part kawan-kawan yang kita rasa perlu buat demikian.

4. Berbaik dengan rakan sebilik
    Ramai kawan-kawan aku yang mempunyai masalah dengan rumet sendiri. Alhamdulillah, setakat aku di matrik dan disini aku tak ada masalah dengan rumet sendiri. Kalau nak menjalinkan ukhuwah yang manis,biarlah kita dulu yang mengambil hati mereka. Bukan membodek, tapi ingin membina jambatan hati supaya ada chemistry antara kita :) . Sebagai contoh, tolong sapu bilik ke, buang sampah ke. Kalau baju rumet tu jatuh, tolonglah angkatkan. Bukankah itu pahala? Kita buat semua ni bukan mengharapkan kita dipandang baik, tapi buatlah dengan ikhlas demi menjaga silaturahim. Kalau ada salah faham antara rumet boleh cakap seeloknya tanpa meninggikan suara. Kalau salah satu rumet meninggikan suara, hati kita akan rasa lain sangat. Pasti ada jurang antara kita walaupun tinggal sebilik. Tidak perlu berkira kerja-kerja yang kita buat dalam bilik, yang penting ikhlas. Senang je kan nak dapat pahala? :)

5. Settle kerja dahulu
    Bagi aku, kita ni sebenarnya mampu habiskan kerja sebelum deadline. tapi kita terlalu banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Atau mungkin kita terlalu busy dengan assignment dan aktiviti kolej atau U. Tapi sebagai student kita bukan sahaja perlu bijak dalam akademik, tapi perlu juga bijak dalam menguruskan masa. Jangan amalkan sikap berlengah. Jika kita yang sanggup untuk tanggung risiko kesibukan, kita juga perlu ada kesanggupan untuk tidak berlengah lengah dengan kerja yang diberikan.


Rasanya tu jelah tips yang aku nak kongsikan. Sebenarnya ada lagi nak kongsi. Tapi nak berehat sikit. Akhir kata, kita perlulah menjadi lebih matang apabila berurusan dengan orang lain atau apabila menghadapi masalah. Jadilah pelajar yang proaktif. Jangan jadi pelajar yang banyak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan  memakan diri kita sendiri. Bersyukur dengan apa yang kita lalui. Bukan semua yang bernasib baik seperti kita. Ada orang yang teringin berada ditempat kita, tetapi mempunyai masalah sampingan yang membantutkan keinginan tersebut.

Wallhua'lam :)

Ini juga peringatan untuk diri sendiri :)

Monday 8 April 2013

Prove your LOVE as HUSBAND not BF :)

Assalamuaikum para remaja sekalian..

Bagaimana hatimu sekarang? Siapakah yang berada di wilayah itu sekarang? Moga moga Allah masih diutamakan. Kerna DIA yang mencipta kita, menyayangi kita, mencintai kita lebih daripada kasih sayang ibu terhadap kita. Allahurabbi T_T. Aku teringat bingkisan tazkirah daripada Ustazah Fatimah Syarha minggu lepas di radio IKIM bertajuk "I LOVE YOU ALLAH". Kata beliau, Allah itu dah bagi kita macam-macam seperti contoh oksigen, tapi ada berapa orang yang pernah minta diberikan oksigen untuk bernafas? Kita tak minta pun Allah dah beri. Itulah tandanya DIA sayangkan kita.

Sepertimana kita tahu, remaja telah mendominasi dalam kebanyakan laman sosial. Cukup banyak kisah cinta mereka terselit disana sini. Cukuplah sebarkan kisah cinta anda. Itu cuma menjatuhkan martabat anda. Cukuplah dengan kata kata manja dan manis anda. Cukuplah dengan gambar "sweet" kamu semua. Cukuplah mengecewakan hati mana mana pihak. Anda buat begitu seolah olah Allah itu tiada. Allah itu cemburu. Berapa lama anda luangkan masa bersama kekasih anda berbanding meluahkan masa bersama Allah? Allah itu tempat kita mengadu, tempat kita meluahkan perasaan yang sedih mahupun gembira. Meskipun DIA tidak memberi respons seperti manusia. DIA dengar dan sukakan apabila anda lebihkan DIA. Bila kita minta, Allah beri. Bila Allah tarik nikmat kita marah. Layakkah kita marah setelah bermacam macam dosa yang kita lakukan? Malulah pada diri sendiri. Allah itu sebenarnya sudah aturkan yang terbaik untuk diri kita. Cuma Allah mahu kita berusaha. Bertatih tatih dalam kehidupan ini untuk dapatkan sesuatu. Allah mahu lihat itu semua!


Yang cukup memedihkan mata apabila berleluasa status atau tweet "LOVE MY BF/GF FOREVER". Bagaimana anda tahu cinta anda dan dia FOREVER? Ingat! Hati kita ini boleh berubah ubah. Allah itu boleh mengubah hati sesiapa sahaja. Boleh melembutkan hati sesiapa juga. Cukuplah. Tidak termasuk sekali para remaja dewasa ini yang selalu menggelarkan status mereka " FOREVER ALONE". Tolonglah jaga hati Tuhan anda yang selalu menyayangi anda!


Tolonglah remaja tinggalkan ini semua! Tinggalkan bibit bibit cinta anda yang konon sweet. Kejarlah cinta Allah sebelum anda cinta duniawi yang entah kemana. Muslimahku, jika benar lelaki itu ikhlas menyayangi anda, Cuma dengan perkataan "Aku terima nikahnya" bukan "I LOVE U". Ingat! Pembohongan terbesar bagi lelaki ialah ILOVEU manakala bagi perempuan IHATEU. Bagaimana senangnya cinta masuk kedalam diri kamu begitu juga senangnya hilangnya cinta itu. Syabab! Pandulah muslimah ke arah cinta Illahi bukan ke arah cinta duniawi! Syabab! Tunjukkanlah Muslimah cinta yang sejati! Bukan cinta murahan! Syabab! Tidak malukah anda di Palestin sana pemuda seusiamu bertaruh nyawa berputih mata untuk syahid di medan perang? Tapi syabab kita sanggup mati di bangunan tinggi untuk membuktikan cinta!?


Muslimah, jaga akhlakmu, pakaianmu, maruahmu! Bantulah Syabab dalam melawan nafsu mereka melihat pakaian seksi dan ketatmu. Cukuplah! Kita mahukan Muslimah yang berkualiti yang ada harga diri bukannya yang menjual diri! Belajarlah mengenali taktik taktik pembohongan lelaki. Jangan melayan pujiannnya walhal dibelakangmu ada ramai lagi perempuan yang dipuju pujinya. Jangan cepat terusi dengan pujuk rayunya walhal dibelakangmu dia cuba untuk "test market"nya sahaja. Jangan cepat kasihan dengan tangisan lelaki kerna itu tipu helah sahaja! Jagalah hatimu muslimah untuk orang yang layak dipanggil SUAMI. Jadilah muslimah yang bijak!


Biarlah Allah yang aturkan LOVE STORY kita. Kerna itu lebih sweet. Lebih sweet daripada drama korea :)

 JOM BERCINTA DENGAN ALLAH! PASTI TIDAK AKAN DIKECEWAKAN!

Sunday 7 April 2013

Jangan berburuk sangka :)

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama aku tak update blog. Baru hari ni nak menjenguk balik. Sebenarnya aku ada pasang niat nak update blog, tinggal tak kesampaian je. Sekarang ni tengah cuti mid sem untuk semester yang ke 2. Assignment pun tak berapa banyak la. Tu sebab nak luangkan masa kat sini. Hihi.

Berdasarkan tajuk aku tu, korang mesti dah selalu dengar kan. Tapi sekarang ni ramai orang yang cepat berburuk sangka. Aku pun tak terlepas jugak. Kadang kadang tu tewas dengan perasaan negatif ni. Tapi bila kita dah tahu perkara yang sebenar,mulalah diselubungi rasa bersalah sangat. Cepat cepatlah istighfar. :)

Sememangnya manusia itu tidak sempurna. Kita semua buat silap. Lumrah kehidupan kita. Tu sebab Allah itu Maha Pengampun. Bila kita buat silap, dan kita cepat cepat istighfar. Allah itu Maha Pendengar. Dia dengar dan Dia maafkan.

Sebenarnya aku nak cerita something yang berkenaan dengan tajuk aku tu. Cerita dia macam ni.\

Situasi A :

Joyah :  Eh kau tengok tu, kat dalam kereta tu. Perempuan dengan lelaki tu berlaga laga pipi la. Macam malu malu je tu. Eee tak malu betul.

Gayah: Ohh. Bestnya dah kawin (baik sangka)

Joyah: Mana kau tahu diorang dah kawin?

Gayah: Aku agak je.

Joyah: Yela tu dah kawin...

Gayah: Kenapa kau cakap macam tu?

Joyah: Yelaa.. Perempuan tadi tu macam malu-malu je lelaki tu buat macam tu..

Gayah: Errr...

Disini dapat kita simpulkan bahawa si Joyah tu terlalu buruk sangka dengan pasangan sebentar tadi. Contohilah sifat Gayah yang berbaik sangka. Walaupun kita tak kenal orang tu. Hadirkan rasa baik sangka itu supaya tak senang senang kita dapat dosa. Betul tak? Haha.



Based on situasi A tu, boleh jadi perempuan tu malu malu sebab diorang baru mendirikan rumah tangga. So, memanglah agak kekok untuk pasangan yang baru berkahwin. Dan lagi satu mungkin perempuan tu kekok sebab si Joyah pandang macam tak puas hati. Haha. Eh.Sorry Joyah.

Untuk mengelakkan diri kita daripada selalu bersangka buruk, mari kita amalkan sifat Husnudzon iaitu bersangka baik. Tak penat pun nak bersangka baik ni. Dapat pahala buang dosa. Kan? InsyaAllah :)








p/s: Gambar gambar ni bukan sumber dari saya, Tapi sumber Google Images :P