Sunday 19 May 2013

Cubaan pertama !

Assalamualaikum...

Firstly, korang pernah dengar pasal doodle tak? Ya, yang kartun-kartun lidi tu. Aku dulu teringin sangat nak buat doodle sendiri. Sebab aku sangat suka tengok kartun doodle. Comel sangat. Nak-nak lagi kalau versi islamik. Memang bestlah. Dan lagi satu, aku suka jugak tengok gambar-gambar troll yang muka pelik-pelik tu. Haha. Ada sense of humor la. Dan sekarang, aku dah pandai buat doodle sendiri. Hihi. Tapi first try kan, taklah cantik mana pun. Agak buruk sikit la. Tapi puas hati sangat. Lepas ni aku nak try yang lebih mencabar lagi. Bawah ni aku punya hasil-hasil doodle. Sorry tak berapa lawa sangat :\





Ini cubaan pertama aku. Kalau siapa-siapa yang singgah baca kat blog ni dan tahu menahu macam mana nak buat doodle yang lagi comel. Bagitahu yeee. Teringin sangat nak belajar lebih mendalam :)

Wednesday 15 May 2013

Macam mana nak jadi student yang "not problem at all"

Assalamualaikum wbt :)

Okay nampaknya purata aku update blog 1-2 kali sebulan. Hal ini disebabkan kesibukan yang teramat amat sangat. Haha. Skema pulak ayat. Yela sem 2 ni baru ambil Hubungan Etnik. Siapa siapa yang ambil degree tu tahu la kan. Mula-mula masuk matrikulasi dan U ni baru rasa nak hargai Bahasa Melayu. Sebab belajar semua subjek dalam bahasa Inggeris hinggakan tahap kerinduan terhadap Bahasa Melayu sangatlah tinggi. Hihi. Tapi bila dah ambil subjek HE ni, dapat pulak belajar dalam BM, terus rasa macam bersemangat pulak. Buat assignment pun ayat nak bombastik je. Padahal masa zaman sekolah dulu, kerja karangan selalu je tak siap. Hoho. Biasalah kan, selalunya kalau benda tu dah tak ada depan mata barulah kita hargai. So hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum dia pergi meninggalkan kita :)

Sebenarnya entry ni bukannya nak cakap pasal menghargai. Tengok atas tu "Macam mana nak jadi student yang "not problem at all". Istilah ni suka suka hati aku je yang cipta. Haha. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran nak bagi tips. Pada pendapat aku "not problem at all" ni adalah sesuatu masalah yang kita dapat tangani dengan sebaik mungkin. Walaupun banyak assignment, test, tutorial yang melanda diri, kita perlu positif dan optimis dalam mengharunginya. Yela kat mana kita berada sekali pun tetap ada masalah. Di utarakah, selatankah, baratkah mahupun timur. Tetap ada masalah. Kenapa? Sebab masalah ini merupakah salah satu fitrah yang hadir dalam hidup kita. Masalah dapat mematangkan diri kita malah dapat mengajar kita apa itu erti kesabaran :)

Selalunya student ni bukannya setakat ada problem dengan assignment dan yang sewaktunnya tu, tapi ada jugak problem dengan orang-orang sekeliling. Orang ni tak suka la, orang ni benci la. Haih macam-macam kan. Aku ni pun ada kekurangannya dan tak terlepas daripada perasaan "tak suka" kat orang. Tapi jangan kita nilai orang tu melalui luaran sahaja atau istilah yang selalu kita sebut adalah "first impression". So, dont jugde a book by its cover. Kadang-kadang tu orang muka bengis yang amat tapi hati baik and vice versa. Biarlah kita kenal orang tu dulu barulah buat penilaian sendiri..

Eh bila nak bagi tips ni kan? Hihi. Nah tips :D

1. Banyakkan senyum
    Senyumlah kepada sesiapa yang kita kenal mahupun tak. Bukan nak suruh senyum 24 jam la. Tapi selalunya bila kita nak senyum kat orang, kita akan buat eye contact dulu and then baru senyum. Kenapa perlu buat eye contact? Yela bila kita dah saling berpandangan, automatik senyuman akan terukir. Dan lagi satu takutlah nanti senyum sorang-sorang pulak kann :( . Bila kita terserempak dengan orang yang kita dah kenal, sapalah dia. Contohnya, "kelas pukul berapa nanti?", kelas apa". Tapi jangan pulak tanya banyak soalan takut-takut orang tu rasa bosan dan terganggu. Selalunya kalau kita nak tengok mood orang tu, tengoklah dengan cara dia bercakap dan riak muka dia. Kita boleh nilai sendiri bahawa dia okay atau tak.

2. Keluar dari kelompok sendiri
    Keluar dari kelompok sendiri maksudnya bukannya nak suruh bertukar tukar kawan atau menjauhkan diri daripada kawan-kawan. Bermaksud kita perlu luaskan diri dengan berkawan dengan semua orang. Tak kiralah orang tu tak sama kos atau tak sama kolej dengan kita. Kalau ada group assignment ke senanglah nak bentuk kumpulan bila dah kenal dan tak lah rasa kekok. Tapi jangan nak berkawan dengan orang yang opposite gender dengan kita. Bukan tak bagi. Berkawan tu boleh, tapi bukan menggatal tau. Hihi, Bercakap bila perlu. Kalau nak join borak seeloknya dalam kelompok yang ramai bagi kaum wanita. Barulah tak menimbulkan fitnah :)

3. Aktif dalam group assignment
    Aktif bukan bermaksud perlu jadi ketua. Tapi bila dah bentuk group, dan kerja telah diagih agihkan, kita perlulah buat sebaik mungkin dan hantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Atau sumbangkan sedikit idea dan cadangan untuk kerja assignment. Jangan jadi pasif dalam group assignment, nanti dicop sebagai sleepy partner pulak. Yela, bila kita buat group assignment, maknanya buat beramai ramai. Orang ni macam-macam kerenahnya. Ada yang malas nak ambil tahu, ada yang terlalu mengharapkan hasil yang perfect. Jadi, buat part kita dan betulkan apa yang salah atau tambah-tambah part kawan-kawan yang kita rasa perlu buat demikian.

4. Berbaik dengan rakan sebilik
    Ramai kawan-kawan aku yang mempunyai masalah dengan rumet sendiri. Alhamdulillah, setakat aku di matrik dan disini aku tak ada masalah dengan rumet sendiri. Kalau nak menjalinkan ukhuwah yang manis,biarlah kita dulu yang mengambil hati mereka. Bukan membodek, tapi ingin membina jambatan hati supaya ada chemistry antara kita :) . Sebagai contoh, tolong sapu bilik ke, buang sampah ke. Kalau baju rumet tu jatuh, tolonglah angkatkan. Bukankah itu pahala? Kita buat semua ni bukan mengharapkan kita dipandang baik, tapi buatlah dengan ikhlas demi menjaga silaturahim. Kalau ada salah faham antara rumet boleh cakap seeloknya tanpa meninggikan suara. Kalau salah satu rumet meninggikan suara, hati kita akan rasa lain sangat. Pasti ada jurang antara kita walaupun tinggal sebilik. Tidak perlu berkira kerja-kerja yang kita buat dalam bilik, yang penting ikhlas. Senang je kan nak dapat pahala? :)

5. Settle kerja dahulu
    Bagi aku, kita ni sebenarnya mampu habiskan kerja sebelum deadline. tapi kita terlalu banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Atau mungkin kita terlalu busy dengan assignment dan aktiviti kolej atau U. Tapi sebagai student kita bukan sahaja perlu bijak dalam akademik, tapi perlu juga bijak dalam menguruskan masa. Jangan amalkan sikap berlengah. Jika kita yang sanggup untuk tanggung risiko kesibukan, kita juga perlu ada kesanggupan untuk tidak berlengah lengah dengan kerja yang diberikan.


Rasanya tu jelah tips yang aku nak kongsikan. Sebenarnya ada lagi nak kongsi. Tapi nak berehat sikit. Akhir kata, kita perlulah menjadi lebih matang apabila berurusan dengan orang lain atau apabila menghadapi masalah. Jadilah pelajar yang proaktif. Jangan jadi pelajar yang banyak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan  memakan diri kita sendiri. Bersyukur dengan apa yang kita lalui. Bukan semua yang bernasib baik seperti kita. Ada orang yang teringin berada ditempat kita, tetapi mempunyai masalah sampingan yang membantutkan keinginan tersebut.

Wallhua'lam :)

Ini juga peringatan untuk diri sendiri :)