Sunday 6 July 2014

Kawan, tolonglah sedar...

Assalamualaikum wbt..

Dah lama aku tak update blog ni. Lama sgt lah..Hampir setahun dah.. Terlalu banyak urusan yang nak disettlekan. Alhamdulillah sekarang ni tengah cuti semester maknanya dah habis exam la kan.. Habis exam 23/6 haritu. Dan alhamdulillah baru tahu grade 4 out of 6 paper ...Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan keputusan exam :) . Yela, bila dah masuk alam universiti ni memang banyak sangat cabaran sebagai as pelajar. Antaran cabarannya silibus yang semakin tough, duit (yuran UM mahal), kawan-kawan dan paling menjadi isu utama dan sensasi sekali, CINTA.

Dulu kita selalu dengar nak cari pasangan carilah masa dekat Universiti, nanti masa nak kerja tak ada masa nak cari pasangan dah. Nanti takut-takut jadi bujang terlajak atau anak dara tua pulak. Aku rasa pemikiran macam tu tak logik selagi kita letak kepercayaan terhadap Allah :) . Insha Allah ada jodoh kita, bezanya awal atau lewat. Kan?

Actually aku nak fokuskan mengenai pengalaman melihat kawan aku yang bercinta ketika belajar. Memang tidak salah kerana diorang ada hak. Aku bukanlah seorang yang sangat paranoid atau memandang enteng dengan orang yang berkapel ni. Even aku selalu je dengar kawan aku cerita pasal BF dia. Tapi, yang aku kesian sgt bila diorang ni rela sakitkan hati sendiri walaupun pasangan dia buat salah (eg: curang, tak angkat call). Sebab apa diorang jadi macam tu? Sebab diorang jadi bodoh (maaf agak kasar, tapi ini realiti) dan selalu jadi seorang yang sangat pemaaf walaupun terlalu sakit hati. Diorang tak akan nampak kesalahan daripada orang yang dia sayang sebab taknak putus hubungan. Come on lah guys, ramai lagi orang kat dunia ni yang boleh jaga hati kita, bukan dia sorang je. You deserves someone better. Cubalah kalau korang jadi orang lain yang memandang situasi sebegitu rupa, apa yang korang akan buat?

Alkisahnya....

Nak dijadikan cerita pasal kawan aku ni, dia berkenalan dengan seorang senior. Sudah bercinta tak lebih 6 bulan. Disebabkan kawan aku ni selalu ceritakan pasal BF dia, dimana pada awalnya diorang selalu mesej, call and keluar sesama. Tapi lepas beberapa bulan, BF dia terus berubah, dah tak angkat call (even dah call banyak kali), tak balas mesej, tengok FB online je tapi tak chat, cakap kasar (menengking), and the latest sekali, banyak LIKE gambar perempuan kat FB. Hampir 2 minggu tak contact BF dia. And dia mintak pendapat aku yang serba straight to the point ni.

Perbualan yang sempat diingati:

Kawan: Eh BF aku blablablabla, macam mana nak buat niii?? Nak kat 2 minggu dia tak contact aku balik.

Aku: Kau ada buat salah ke?

Kawan: Taktau laa. Aku dah tanya dia, mesej call semua tak respond pun..

Aku: Dia busy kot..

Kawan: Busy apa? FB selalu je online.. Sakit hati aku...

Aku: Hmmm ntahlah... kalau aku dah 2 minggu tak contact, BYE BYE lah... Dah orang taknak nak buat macam mana, takkan nak paksa pulak kan..

Kawan: Aku bukan jenis macam kau yang cepat putus asa... blablablabla....

Aku: Bukannya nak putus asa weh, masalahnya dah dia tak contact lama dah kot. bukannya sehari dua. Takkan kau nak terhegeh-hegeh nak kat dia padahal dia relaks cool macam tu je. Kalau aku malu kot jadi macam tu. Carilah orang lain...

Kawan: Hmmm... Aku sayang dia. Kalau aku putus dengan dia, dialah yang terakhir. Aku taknak kahwin..

Ehhhhhh =="

Kesitulah pulak larinya kan. Memang susah sangat nak influence pemikiran orang yang bercinta tahap macam ni tau. Dia hanya fikir nak menyelamatkan hubungan walaupun hati sakit. Dah kalau hati sakit, memang keluar lah air matanya. Biasalah perempuan kan hati lembut. Memang betullah cinta tu membuatkan manusia tu BUTA. Aku pun taktau nak cakap macam mana dah. Dia dah banyak kali cakap malas dah nak contact dengan dia, kalau BF dia contact balik pun malas dah nak layan, nak break lah... tapi tak menjadi pun... Memang kesianlah kat dia. Tapi nak buat macam mana, at least kita dah cakap frankly.

So sampai sini sahaja kisah mengenai tajuk diatas. Maaf atas kekasaran ayat.

Salam Ramadhan. Selamat Beramal.

Nasihat untuk diri sendiri yang alpa ini juga.

Salam :)